buah aty bl0gku (:

(,")Assalamualaikum...welc0me to blog missmanjecinte..0rait..akaQII..adekII..abgII..yg chumell+ensem..jangan lupe follow arera keyh..i'm follow u back(",)

Haty ku milik-MU






puas sudah,
kucari kebahagiaan,
disisi teman-teman,
ku dapat hanya kelalaian,
kucari lagi,
di hati seorang kekasih,
kudapat hanya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalam meniti hati,
penus kekosongan...
oh,dimana lagi harusku mencari,
membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan,
rindu yg tiada haluan,
aku keliru sendiri,
apa yg ku cari,
apa yg ku perlukan,
aku masih tak bisa mengerti..
yg pasti,
kekosongan hati minta diisi...
sejenak aku tersedar,
aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yg membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan..
"ku sedar,
destinasi pendarianku di sini,
ku mencari-Mu Tuhan,
mengharap keredhaan,
menagih kebahagiaan,
dari sinar cahaya iman.."














WaRkah Haty buat wanita :)




"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar
kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen.
 Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk
mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan.
Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan
sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.

Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa,
 andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti.
 Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.

Namun jika cantik itu dilihat pada budi,
 kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri.
 Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.

Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa,
bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia.
Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap.
 Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu.
Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia,
 ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu.
Memberi manfaat pada yang memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu.
Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati.
 Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.

Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar.
Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia,
cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia.
 Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki,
ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu.
Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai.
Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan,
ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa
keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya,
 hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Wanita muslimah yang dikasihi.

Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa
kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal.
Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak.
 Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah.
 Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??

Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya.
Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan.
 Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..















APY BEFDAY HYEONGNIM

Assalamualaikum....okayy  entri kali nie..ara uat khas tok hyeongnim tersayang.. coz 4 OGOS bersamaan ari ahad thun 2013 befday dye yang ke-26 :) hyeongnim dah tuee..kan3..*just kidding* okay..mood ara time update entri nie agak sedeyh xtaw la hyeongnim thu or x.. coz kte da xmcm dulu.. sokay.. ite pham dgn situasi yang berlaku..hmmm..adiq nak abg tau yang adik apy sgt dengan kehadiran abg walaupun kte bru jew knal sjak awal bulan 2..lbih kurang macam tu la kann..adiq nak ucapkan "terima kasih" sangat2 coz abg tersangatlah caring dekat adik n sokmo ingat adiq...walaupon sekejap adiq hargai sangat2.. seriously adiq x pernah dpt abg angkat macam abg..yang baik,ohsem,sengal+giler2..dah la...xnak sedeyhII..okay...*tarik nafas* huhh...** ABANG ADIK NAK UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR ** semoge bahagia disamping orang yang tersayang .. dimurahkan rezky ... dipanjangkan umur ... (: nak adiah x?? macam ner adik nak bagi?? -xpelaaa adiq doakan tok abg jela ... tu pon adiahkn just xdapat sentuh n  xdapat dilihat .ape p0n terjadi...adiq arap ukhuwah kte xkan ptus smapai ble2.."UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA " ( :
-musm hye0ngnim-



p/s:hye0ngnim...adik minx maaf bebyk if ade wt silap n salah.. )':
























Tips-tips gembira sepanjang hari ( :

Assalamualaikum... korang semua sihat? ara harap semua sihat . walaupun sihat kita tetap kena jaga kesihatan, lagi-lagi tengah musim panas nie . lagi satu ara mintak maaf coz dah lame x update blog nie, almaklum laa buzy dengan asgment,program,mid tem n final exam pon dah dekat sangat tawu.. okay..entri kali nie ara nak kongsikan sikit tips gembira sepanjang hari :) .kita sebagai manusia sentiase ade macam2 perasaan rite? kalau perasaan marah datang ape pon xboleyh kan.. jum kita baca tips2 tuu.. Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain. :)

RuMput dan kasih sayang







Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?
 Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.
 Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
 Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,
pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.
Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.
Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang
paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
 Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,
 jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
 janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
 Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya
 walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi
. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
 Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya,
mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya
 maka kamulah serugi-rugi manusia.









SetuLus cinte NABI MUHAMMAD S.A.W






Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan 
suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.
 Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan
 kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
 Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,
 tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
 Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah
 dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan
 dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 
"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
 Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
 anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
 Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
 tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut
 ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,
" kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
 kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah
 bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk
 semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan
 sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,
 dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya,
 betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, 
seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...






Photobucket